Friday, March 26, 2010

Pemberitahuan

Jai Gurkha!

Terima kasih semua kerana menyertai MGG.

Saya di kenali sebagai “Khim” di kalangan kaum keluarga dan diantara kaum Gurkha Malaysia. Tamat persekolahan tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri Garing Rawang tahun 1979. Butir butir diri saya selanjutnya, sila lihat di blogspot MGG dibawah. Saya terpanggil untuk menubuh kumpulan Malaysian Gurkhali Group di Facebook, yang dapat mendekatkan satu sama lain walaupun berjauhan, yang bervisi dan tujuan “penyatuan dan kesatuan” – yang bermaksud mendalam “seia sekata sehati sejiwa”.

Jumlah penduduk Gurkha Malaysia adalah jauh lebih kecil dari bangsa bangsa lain di Malaysia – minoriti, dan apakah tujuan bernas untuk kita berpisah, berpecah belah, putus hubungan dan tidak mengenali satu sama lain! Mari jarakkan ruang perpisahan dan pecahkan mentaliti perpecahan / bercerai berai serta egoisma dan bangkit membina dasar ikatan kukuh and melahirkan generasi Gurkha berkesatuan yang bermoral yang berhasil selama ada nya.

Selagi anda Gurkha, masa depan Gurkha Malaysia terletak dibahu anda. Dengan nada patriotik, buangkanlah pendustaan, kekerohan dan janganlah abaikan tanggungjawab anda bagi bangsa Gurkha.

Sekali lagi marilah kita bersatu untuk berjuang kebaikan sesama demi masa hadapan Gurkhali.

Jangan biar Gurkha pupus dari Tanah Malaysia termasuk budaya dan bahasa kita yang kini terancam. Jai Gurkha!

Khabarkan berkenaan MGG kepada semua Gurkhali Malaysia yang anda kenali dan jemput mereka menyertai MGG.

KEAHLIAN:

Kelayakan utk menjadi ahli - ia berdarahkan bangsa Gurkha Malaysia. Keturunan dari perkahwinan campur yang berdarahkan bangsa Gurkha Malaysia dan anak anak angkat kepada kaum keluarga Gurkha Malaysia masih layak menjadi ahli.

MUSTAHAK:

E-melkan butir biodata anda, di sertai gambar dan keluarga yang sesuai kepada khim.prasad@gmail.com. Kami akan paparkan atau kemaskini informasi anda di blogspot MGG supaya semua Gurkhali mengenali diri anda.

Lihat contoh di blogspot di bawah ini

http://malaysiangurkhaligroup.blogspot.com/

GALAKAN:

Hantarkan pesanan ringkas jika anda perlu kaunseling, bimbingan atau nasihat dsb.

Sertai lah diri anda di dalam Fb MGG. Anda boleh tulis apa jua sahaja bagi tujuan MEMBINA, termasuk cadangan, pendapat, sesuatu kejadian - luahan pahit manis, pertunangan, perkahwinan, kelahiran, kenduri, perjumpaan dsb. Berkenal kenalan lah satu sama lain bagi memupuk perpaduan.

PERINGATAN:

Kata kata kesat atau bahasa kotor tidak dibenarkan sama sekali sebab ruangan MGG beroperasi dalam lingkungan “KEKELUARGAAN”.

Hidup Gurkha Malaysia

Khim Prasad (Sher Bahadur)
Kaunselor dan Pengamal Hak Asasi Kemanusiaan

Nombor hubungan: 016 760 2897 & 013 728 3717

Email: khim.prasad@gmail.com